Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, November 04, 2012

Salah Jadi Betul?

apabila sudah lama disatu jawatan maka ramai akan merasakan bhw apa shj yg dilakukan adalah betul. justifikasi adalah jika apa yg dilakukan selama ini tidak betul atau salah, tentulah seseorang itu tidak akan kekal dijawatan tersebut.

ini adalah tanggapan biasa. tanggapan ini ada yg betul. ada yg tidak betul. yg betul tetap betul. dan yg salah tetap salah. orang dulu2 dlm alquran ada menyatakan bhw apa yg mereka buat adalah betul kerana mereka hanya ikut apa yg datuknenek mereka buat. jika datuknenek mereka tak betul, kenapa tak dibetulkan dulu2 lagi? dlm fraud triangle, mereka yg bersalah akan sentiasa cuba menegakkan benang yg basah. dan mereka akan sentiasa cuba salahkan orang lain.

kalau bab duit memang seronok dengar cerita kenalan. baru2 ini saya hadir ke professorial talk prof dr normah omar. sila rujuk link di sebelah tulisan saya. dan kita akan dapati bhw bg pesalah2 tetap tidak akan mengaku salah. mereka tidak sedar atau tidak mahu akui bhw mereka telah lakukan kesalahan.

presiden, setiausaha agung, bendahari, ahli lembaga pengarah, pengurus besar, pengurus, penyelia sehingga kepada budak pejabat ada melakukan jenayah kewangan. di organisasi berbeza maka berbezalah peringkat mereka yg terlibat dlm jenayah kewangan. kita banyak undang2 tetapi masalah adalah penguatkuasaan. spt kata prof normah diakhir pembentangan beliau, adalah tanggungjawab semua memastikan pencegahan dan penguatkuasaan terhadap jenayah kewangan.

pesan saya..jangan anda hilang pencen, ditarik anugerah datuk, harta diri dan keluarga dibekukan, suami kahwin lain, isteri kahwin lain, melahirkan anak dalam penjara, saudara mara dan kenalan tidak mengaku kenal kpd kita akibat jenayah kewangan yg kita lakukan.

Tiada ulasan: