Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, November 13, 2012

Tuntutan/Claim

tuntutan atau claim biasanya dilakukan untuk penglibatan dlm program atau aktiviti. dan sebelum boleh tuntut atau claim, perlu ada bajet. bajet perlu diluluskan oleh mereka yg diberi amanah. maka yg buat tuntutan atau claim pun perlu beramanah.

tuntut atau claim juga ada kaitan dgn pengiktirafan pihak lain kpd satu pihak. kalau kita tuntut atau claim kita ni bagus maka perlu disokong oleh pengiktirafan pihak lain kpd tuntutan atau claim kita. sama ada dlm bidang akademik atau sebaliknya, jika claim tanpa sokongan pihak lain, claim kita hanya syok sendiri shj. apabila pihak lain iktirafkan atau sokong claim kita, pihak yg menyokong perlulah dilihat pihak lain sbg seseorang yg boleh dipercayai. maka penyokong perlu ada sifat 'membenarkan' atau 'dipercayai' sokongan yg diberi.

bagaimana jika ada pihak memaksa pihak lain untuk membenarkan tuntutannya yg sebenarnya adalah palsu/ apa kesan kpd pihak yg membenarkan? jika diketahui kisah sebenarnya, maka bukan shj yg buat tuntutan, tetapi pihak yg membenarkan tidak lagi boleh dipercayai integritinya.

pesan saya kpd saya dan kenalan saya (termasuk pelajar saya), janganlah buat tuntutan palsu, janganlah membenarkan tuntutan palsu. saya tidak berkongsi ilmu utk anda lakukan tuntutan atau membenarkan tuntutan palsu. sekali terlepas tak semestinya kali seterusnya terlepas. walaupun seseorang itu berpangkat dan memegang jawatan, tidak akan terlepas drpd hukuman yg Maha Esa.

Tiada ulasan: