Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, November 17, 2012

Serah Tugas

serah tugas berlaku pada awal pelantikan dan pada penghujung pelantikan. serah tugas yg baik adalah pelantikan dan penamatan secara baik. di organisasi tertentu ianya berlaku secara simbolik dengan penyerahan alat yg melambangkan jawatan bersama tugas.

serah tugas berkaitan integriti kita. jika kita diserah dan menyerah tugas secara simbolik dgn baik (pemakaian pangkat atau penyerahan tongkat kuasa atau pedang kuasa) maka kebiasaannya suasana serah tugas adalah dlm keadaan yg baik utk semua. tetapi jika penyerahan adalah secara kurang baik/kasar seperti menanggalkan pangkat secara paksa, mematahkan tongkat atau pedang, atau mengoyakkan surat lantikan, maka suasana serah tugas akan jadi tegang.

saya biasa dengan serah tugas. ada secara baik. ada secara sebaliknya. ada secara penuh tertib. ada secara sebaliknya. ada dalam masa yg lama. ada dalam masa yg singkat. baik atau buruk suasana serah tugas berbeza persepsi bagi orang yg berbeza. kami pernah 'dilucutkan' tugas secara sekumpulan kerana 'engkar'. tapi pada surat kami..kami tidak pernah 'dilucutkan'.

perkataan tertib iaitu 'terima kasih', 'mohon maf' adalah perkataan kpd manusia. yg penting bgmana kita dgn Yang Maha Berkuasa. pangkat dan jawatan di dunia hanya sementara. pangkat dan jawatan di dunia adalah amanah yg perlu dilaksanakan dgn sempurna kerana kita perlu berjawab kpd Yang Maha Adil.

Tiada ulasan: