Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, November 21, 2012

Kasi..han..tu

ada yg cuba merayu. kesian la dia. dia baik. janganlah ambil tindakan terhadapnya..

maaf. kita ada tugas dan tanggungjawab yg kita terima dgn amanah. kenapa nak kesiankan dia? sudah lama dia buat masalah ini. diberi tanggungjawab tetapi tak amanah kepada pemberi amanah. memang kalau kita tengok kita tidak akan percaya bahawa dia mampu  atau tergamak pecah amanah. cakap penuh sopan santun. cakap lembut. cara berpakaian memang bukan pakaian penjenayah (dulu2).

semasa dia buat pecah amanah, pernahkah dia fikir tentang hak dan harta orang lain yg dia ambik. seorang kawan lama semalam umpamakan yg salah guna harta orang cacat dan lemah spt makan harta anak yatim. saya tak tahu adakah perumpamaan ini betul. bagaimana pula dgn yg makan harta dan hak orang yg tidak cacat fizikal? bagi undang2 pecah amanah (cbt) tetap pecah amanah.

dlm kaunseling kita tak digalakkan guna perkataan kasihan. sebab jika kita kasihan seseorang kita manjakan dia. kita tidak mendewasakan dan mematangkan dia. kalau asyik kasihan..sebenarnya kita nakkan dia jadi hantu. kita akan kasi dia jadi hantu, lagi menyusahkan masyarakat.

sebaliknya dgn kasih iaitu jika perlu hukum, kenalah hukum. kasih melalui pendidikan (pengajaran). supaya dia sedar semasa dan sesudah menjalani hukuman. hukuman dunia hanya sementara. hukuman akhirat..allah lebih mengetahui.

Tiada ulasan: