Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 15, 2012

RIID 2012

pada 6-8 nov 2012 saya berada di melaka. ianya untuk menyertai riid 2012 anjuran uitm melaka. penyertaan drpd fsr adalah sebanyak 4 penyertaan.

terima kasih kpd pengurusan fsr kerana sudi menaja kami di sana walau pun bukan keseluruhan. alhamdulillah penyertaan saya (bersama pn noridah dan pn jamatul) dan en rahmat adnan berjaya mendapat perak. manakala penyertaan en norasrudin berjaya mendapat gangsa. walau bagaimana pun penyertaan pn jamiaton berjaya menimba pengalaman pertama menyertai pertandingan seumpama ini. ianya satu kebiasaan bhw akan ada mendapat pulangan berbeza.

dengan pencapaian di riid maka melalui 7 pertandingan utuk 11produk bermula 2008 telah menghasilkan 11 pingat - 2 emas, 4 perak dan 5 gangsa. alhamdulillah. sekali lagi terima kasih kpd pn noridah dan pn jamatul, ahli pasukan ke riid 2012, dekan dan pengurusan fsr, para profesor yg sudi memberi maklumbalas membina, dan mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm membolehkan kejayaan kami.

Tiada ulasan: