Sebelum saya meletak kereta saya untuk hadir majlis berbuka puasa dengan kumpulan Iltizam, saya tersilap ke pusat belibelah Summit. Saya terpaksa menunggu lama sebelum dapat ke hotel Summit. Penumpang sebuah bas sedang melintas masuk ke pusat belibelah Summit.
Sayu rasanya memerhatikan gelagat penumpang2 bas melintas di hadapan saya. Kebanyakannya berpakaian serupa. Saya andaikan mereka adalah daripada sebuah rumah kebajikan, barangkali rumah anak yatim. Yang paling muda saya jangka usianya dalam tahun pertama dan yang paling tua dalam belasan tahun. Mungkin ada di antara mereka berbuka kali pertama dengan pelbagai juadah. Semoga Allah membalas sebaik2nya kepada mereka yang sudi meraikan mereka yang kurang bernasib baik pada bulan Ramadan ini.
Kita mestilah selalu bersyukur kepada Allah kerana rezeki yang kita dapat daripada Nya. Jika kita mempunyai rezeki yang lebih, hulurkanlah kepada yang kurang bernasib baik berbanding kita. Berusahalah untuk kita sentiasa mendapat rezeki yang halal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan