Semalam selepas berbuka, suasana di luar rumah tiba2 menjadi amat2 bising. Ada anak dan cucu jiran bermain mercun. Saya memang tak gemar dengar mercun.
Bunyi mercu memang menyakitkan hati. Mengganggu ketenteraman kejiranan. Bukan budaya orang Melayu atau orang Islam bermain mercun untuk menyambut kedatangan syawal. Ini budaya bangsa dan agama lain. Bunyi mercun juga boleh menyebabkan banyak salah faham. Bunyinya seperti tembakan pistol. Maka ia boleh mengelirukan orangramai jika ada jenayah berlaku. Dan mercun juga selalunya akan mencederakan peminat2nya.
Kepada para pembaca blog saya, janganlah bermain mercun. Silap haribulan, ada yang melatah dan membalas dengan tembakan bukan mercun. Sayangilah tubuh badan anda. Semoga kita dapat beraya dengan sihat sejahtera.
2 ulasan:
Saya rasa ibubapa memainkan peranan penting dalam menangani perkara ini. Pantau anak-anak. Di kawasan perumahan saya pun ada segelintir kanak-kanak yang leka bermain mercun berhampiran masjid sedangkan orang lain sedang solat sunat Terawih. Mengganggu konsentrasi betul.
Saya amat bersetuju dgn pandangan che hisyam. Ibubapa mesti bertanggungjawab. Yg sedihnya bila ibubapa yg menggalakkan anak2 bermain mercun.
Catat Ulasan