Berbuka puasa selalunya sesuatu yang meriah dalam keluarga saya. Sebagaimana saya nyatakan, waktu berbuka dapat menyatukan ahli keluarga untuk bersama menikmati rezeki Allah. Pada waktu2 lain, selalunya susah nak menemukan ahli keluarga di meja makan pada waktu yang sama, kerana tugas dan hal masing2.
Makanan sama ada disediakan di rumah ataupun dibeli di bazar Ramadan. Semalam seorang pelajar memaklumkan kepada saya harga sekeping murtabak adalah rm2.50. Nampaknya harga telah naik sekali ganda berbanding dahulu. Bagaimana dengan harga juadah lain? Saya tidak tahu kerana semalam hanya menikmati masakan bonda sahaja.
Sama ada di masa senang ataupun susah, kita mestilah sentiasa beringat2. Berbuka dan melakukan apa2 sahaja secara bersederhana. Saya tak galakkan kita berbuka di mana kita perlu bayar berpuluh2 ringgit. Ianya akan menggalakkan pembaziran sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan