Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Februari 07, 2013

Habis Sumbu dan Produktiviti

habis sumbu adalah 'burnout' sy melayukan. ianya boleh disamakan mcm dah letih. dah penat. dah malas. dah tak larat. boleh dikaitan dgn perkara2 negatif berlawanan dgn keingin atau motivasi utk melakukan sesuatu.

berdasarkan kajian dan buku, kebanyakan burnout dialami oleh mereka yg produktif. ketua akan meminta orang yg sama utk menjalankan tugas. sebab pengalaman menunjukkan orang yg sama boleh menjalankan tugas dgn jayanya. tetapi sampai bila seorang yg cemerlang dan produktif boleh terus cemerlang dan produktif.

seorang kawan pada petang tadi komen kpd saya bhw beliau terasa macam dah burnout. saya andaikan beliau dah bosan dgn arahan secara 'last minute' drpd pemberi arahan. memang ada diantara kita seronok diberi cabaran. tetapi sbg manusia biasa kita ada had kemampuan. seorang ketua yg bagus akan maklumkan awal kpd pengikutnya kerja yg dieprlukan. ini akan memboleh persiapan dilakukan dgn lebih baik supaya hasil adalah sebagaimana diharapkan ketua.

Tiada ulasan: