Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 10, 2013

Mencari Antara Yang Terbaik

kita suka yg terbaik. jika dapat. spt makan, minum, tempat tinggal, pekerjaan, kelayakan akademik, kenalan, dsbnya. tetapi ia bergantung kpd pandangan kita. kecuali kita dimaklumkan sama ada secara langsung atau tidak langsung..

secara umum kita nak kaya. secara umum, ramai nak kaya di dunia. kaya di dunia nampak hasilnya dgn cepat. tetapi kaya di akhirat susah bg ramai drpd kita nak gambarkan. maka kita sentiasa mencari yg terbaik di dunia. hasil di dunia mudah dilihat.

semasa mantan dekan fsr dahulu memegang jawatan di bangunan pengurusan tertinggi uitm, saya pernah melawat dan berjumpa beliau. dan pada satu perjumpaan, beliau mengajak saya ke masjid uitm. kemudiannya beliau mengajak saya solat di saf pertama iaitu kalau boleh, bersebelahan dgn bilal.

ini mengingatkan saya semasa sekolah berasrama dahulu. semasa tingkatan satu, kami berebut nak di saf pertama. 'booking' tempat adalah dgn meletakkan songkok. mencampak songkok berebut tempat di saf pertama menjadi kenangan. sekarang, tidak perlu melakukan sedemikian sama ada di masjid atau di surau. caranya, pergilah awal, insyaallah akan mendapat tempat utk mencari antara hasil yg terbaik di akhirat.

Tiada ulasan: