Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 24, 2013

Semakan untuk Kebaikan Bersama

pada minggu lepas telah di adakan semakan kurikulum untuk program fsr di peringkat diploma dan sarjana muda. pada minggu akan datang akan diadakan semakan bagi program pasca siswazah.

antara tujuan semakan kurikulum adalah untuk membantu menghasilkan gradua fsr yg mempunyai ilmu yg akan membolehkan mereka bekerja setelah tamat pengajian dgn jayanya. graduan fsr diharapkan akan menjadi pekerja ataupun majikan (usahawan). ini adalah selaras dgn antara tujuan berkongsi ilmu adalah untuk kebaikan diri, masayarakat dan persekitaran.

walau bagaimana pun, sebelum semakan boleh dilakukan, pandangan saya, beberapa perkara perlu diambilkira. ianya utk mengelakkan semakan kurikulum hanyalah utk syok sendiri shj. maka bagi saya yg pertama adalah melihat pencapaian graduan fsr utk kurikulum semasa di pasaran. apakah tahap peratusan yg bekerja. keduanya mendapatkan maklumbalas drpd graduan, majikan, bakal majikan, dan pebagai pihak lagi.

kemudiannya dilakukan semakan secara profesional iaitu secara berobjektif utk namabaik uitm dan fsr. maka perlu juga disemak kelayakan akademik dan pengalaman berkaitan utk bakal pensyarah bagi kurikulum yg akan dicadangkan. janganlah dicadangkan kursus utk membolehkan seorang itu mengajar tetapi tidak memberi khasiat kpd pelajar, fsr dan uitm. seterusnya dirancangkan juga program utk memantapkan bakal pensyarah utk membantu menghasilkan graduan yg bekerja melalui program fakulti. semakan kurikulum adalah antara amanah seorang staf di fsr dan uitm.

Tiada ulasan: