Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 09, 2013

Kejayaan Dunia

ramai yg hanya inginkan kejayaan di dunia. kejayaan di akhirat dilupakan. mungkin sebab ramai yg hanya rasa hidup hanya di dunia. maka perlu berjaya dgn kaya di dunia shj.

ramai terjemahkan kejayaan dgn kekayaan. kekayaan di dunia adalah tanda seseorang itu berjaya. maka kekayaan di kejar dgn pelbagai cara. ada secara halal ikut islam. ada secara tidak halal ikut islam. bagi yg islam berjaya di dunia mestilah secara halal supaya mendapat ganjaran (kekayaan) di akhirat.

jika kita kaya tetapi saudara mara kita miskin, ianya bermakna kita miskin. jika kita boleh makan lebih drpd keperluan tetapi saudara kita payah nak cari makan setiap hari, ianya tanda kita miskin. jika kita berasa selamat tetapi saudara kita tidak berasa selamat, ianya tanda kita miskin.

maka kekayaan seseorang bukanlah diterjemahkan dgn ia mempunyai rumah besar, harta yg banyak, mampu makan setiap hari, simpanan yg banyak di bank, isteri yg cantik/suami yg tampan, anak2 yg berjaya di dunia. tetapi seorang itu kaya jika kekayaannya dan kesenangnya dikongsi dgn saudara-maranya. setiap muslim adalah bersaudara. kekayaan bersama adalah bukti kejayaan.

Tiada ulasan: