Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 02, 2013

Masih Di Pangkat Sama

alhamdulillah, masih di pangkat sama. kalau fikir negatif tentu tak puas hati tak naik pangkat. tapi berfikiran positif kita bersyukur masih dipangkat sama dan tak diturunkan pangkat.

kenalan kerap bertanya tentang pangkat saya. mereka yg tak berpuashati tentang pangkat saya. mereka gunakan usaha dan hasil yg telah sy beri sbg sokongan kenaikan pangkat. memanglah terasa sekali sekala apabila mereka yg dianggapkan kurang atau tiada sumbangan positif mendapat kenaikan pangkat. kenaikan pangkat biasanya dikaitkan dgn kenaikan pendapatan. ianya antara dugaan dan cabaran serta ujian di dunia.

pangkat dunia diputuskan oleh manusia. tapi tetapkanlah dlm hati kita, 'manusia merancang, allah merancang, dan allah maha perancang'. allah jua yg menentukan segalanya. kita hanya boleh berusaha. jika bukan rezeki kita sekarang, insyaallah ianya akan datang. allah m aha mengetahui tentang pemberian rezekinya kpd kita. bagi saya diketepikan drpd kenaikan pangkat sudah banyak kali dialami. menolak kenaikan pangkat pun sama. semoga keputusan adalah kerana rezeki yg halal.

Tiada ulasan: