Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 09, 2013

Geram

apabila masih lagi cuba tak sudi bersama rakan sekerja utk menjayakan aktiviti kebaikan organisasi, maka ramai yg geram. ramai yg tak sabar melihat tindakan kpd mereka yg merasakan diri lebih baik, lebih besar, dan mcm2 lebih drpd rakan sekerja.

cadangan sy..terima kasih kerana sudi memegang jawatan. tapi oleh kerana sikap yg membuat ramai geram dan juga marah kpd anda, serahkanlah jawatan anda kpd ketua. ini lebih baik drpd dimalukan dgn penarikan jawatan. sebab dah ramai yg ditarik (ada yg sedar, ada yg tak sedar) jawatan kerana tiada keikhlasan bertugas utk kebaikan organisasi. yg tak sedar2 masih melakukan perkara yg menyebabkan ketua dll geram.

geram juga ada kaitan dgn rasa hormat. jika geram hampir sama dgn marah kerana asyik menyusahkan organisasi, maka geram akan menyebabkan orang kurang hormat kpd kita. bawalah kereta mahal pun, pakailah pakaian berjenama dan perhiasan mahalpun, berkelayakan tinggi pun, tapi jika keikhlasan tiada utk kebaikan organisasi, rasa hormat akan berkurang atau lagi teruk kita akan diabaikan.

Tiada ulasan: