Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Februari 07, 2013

Hukum Talqin Kepada Mayat

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-talqin-kepada-mayat

Tarikh Keputusan: 
14 Aug, 1997
Keputusan: 
1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan. 2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.
3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -
a) membid"ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat
b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang
c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.
4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
11 Sep, 1997
Nombor Rujukan: 
[PU/NS (JB) (AGAMA) 15/92 Jld
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U 11
Negeri/Group:

Tiada ulasan: