Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 26, 2013

Geram..Diam

memang geram. memang tak puashati. dah la sebelum pergi program dia buat bising. dok cucuk sana sini supaya tak sokong program. malah dua hari sebelum program dia dgn lantang meleter sebab diberi surat kerana tak akan berada bersama yg lain semasa program.

malah pada hari pertama program beliau cuba 'racun' lagi supaya tak ikut program. semasa program berjalan, tidak diketahui apa yg dilakukan utk meracunkan lagi program. tetapi dia langgar arahan bos. buat juga perkara yg dah dibagitau jangan buat. mungkin perlu sangat duit kot.

selepas program, hari pertama dah buat orang2 yg ikut program pening. cuba timbulkan pelbagai isu. cuba cari orang lain utk kuatkan benang dia yg basah. dan makin kuat dan banyak beliau cuba racun, makin ramai yg bercakap mengenai dia. memang geram. kita nak kuatkan pasukan. dia nak lemahkan dan hancurkan pasukan.

tetapi petang tadi saya terfikir. lagi banyak kita geram kat dia. kita marah. dan lagi teruk kita kutuk dia. sebenarnya dia menang apabila kita juga bersikap negatif. maka elok kita diam. usah bercakap lagi tentang dia. lagi kita kutuk dia, mengumpat dia, dia dapat pahala. jadi, biar dia umpama luncai dengan labunya. biar dia lagi banyak cakap, lagi kita menyampah.

maaf, jika anda tidak sudi bersama dalam bot kita, sila cari bot lain. kami sedia dan setia berjuang dgn bot yg kami naiki. bersama ketua yg dilantik.

Tiada ulasan: