Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 17, 2013

Pejabat

apa maksud pejabat? adakah tempat berjabat tangan (handshake dlm bahasa inggeris) sebagai tanda perkhidmatan dilaksanakan?

apabila kita berjabat tangan pada awal pertemuan, ia bermakna kita menerima dan diterima tetamu kita tanpa sebarang maksud tersembunyi. kemudian apabila kita berjabat tangan setelah bersetuju dgn apa yg dibincangkan ianya bermakna kita dgn ikhlas memberi dan menerima cadangan antara kedua penjabat tangan. dan akhirnya apabila kita berjabat tangan apabila tetamu akan meninggalkan pejabat kita, kita sama2 berdoa supaya perbincangan berjaya dan kita turut selamat sejahtera.

untuk membolehkan sesuatu perbincangan menjadi realiti atau sebaliknya, perlu kepada peralatan komunikasi. kalau dahulu kita perlu duduk di pejabat kita untuk dapat maklumat berkaitan. sekarang tidak lagi, kecuali kita masih tanpa peralatan komunikasi terkini. sekarang kita boleh bawa sebahagian besar keperluan kerja bersama kita dgn memilikki alat komunikasi spt 'handphone', 'laptop', dan pelbagai lagi.

jadi, perlukah pejabat yg besar? jika kita banyak di luar pejabat, kenapa nak ada pejabat yg jarang kita ada? mungkin uitm boleh adakan pejabat bergerak bagi warganya yg sentiasa menjalankan tugas di luar kampus (bukan di luar pejabat).

Tiada ulasan: