Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 25, 2013

Usia dan Usaha

setiap saat kita makin bertambah usia diberi peluang hidup di dunia. diberi peluang mendapatkan bekalan untuk sejahtera di akhirat. dan setiap saat juga masa kita menyediakan bekalan semakin berkurangan.

alhamdulillah, hari ini usia saya ikut kalender gregorian adalah 46tahun. jika ikut kiraan tahun hijrah, melalui islamicity.com converter, usia saya adalah 47tahun 4bulan. jika usia nabi muhammad s.a.w adalah sebagai had usia, iaitu 63 tahun ikut tahun hijrah, maka saya hanya mempunyai hanya 15tahun 8bulan shj utk berusaha menyediakan bekalan utk akhirat. itupun jika saya diberi masa dgn dipanjangkan usia oleh allah.

tetapi kita mudah lupa. kita mudah alpa. kita lebih mengejar kejayaan di dunia iaitu spt pangkat, harta dan pelbagai lagi yg dapat dilihat dan dizahirkan di dunia. saya doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki yg halal, sentiasa mendapat rahmat, rahman dan rahimnya utk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan: