Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Februari 06, 2013

Resah Risau

ramai kawan2 bertanya mengenai program ke taman negara. apa perlu dibawa? apa yg ada di sana? dan pelbagai soalan.

ini adalah perkara biasa apabila kita belum pernah sampai ke suatu tempat. atau apabila kita belum berpengalaman menghadapi sesuatu. persoalan adalah utk persediaan. ianya berkaitan ilmu pengetahuan. ianya seumpama cahaya dan kegelapan. ilmu adalah cahaya untuk menerangi kegelapan kejahilan.

bagus apabila bertanya. mungkin soalan ditanya macam soalan kurang bijak. tapi yg berani bertanya lebih bijak drpd yg hanya diam membisu utk mengelak dikatakan kurang bijak. jika tak bertanya akan jadi seumpama pepatah 'malu bertanya sesat jalan'.

satu soalan yg sering ditanya kpd saya, 'kenapa cebad selalu ke taman negara?'. dan jawapan biasa saya adalah, 'pergilah ke sana utk jawapannya'.


Tiada ulasan: