Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Februari 14, 2013

Maaf..Sila Minta Bantuan Orang Lain

berbudi dan berbahasa. banyak maknanya. ayat senang, 'anda gosok belakang saya, saya gosok belakang anda' atau dalam bahasa inggeris, 'you scratch my back, i scratch your back'. jika diterjemahkan dgn kasar, anda cakar belakang saya, saya cakar belakang anda. ada bermaksud positif, dan ada maksudnya negatif.

ada yg berkata, 'hari ini hari awak, esok hari saya'. jika maksud positif, jika hari ini anda susah, saya tolong awak dan jika esok saya susah, awak pula tolong saya. jika maksud negatif, jika hari ini anda senang tak tolong saya, esok saya senang saya tak tolong awak. yang manakah yg kita hendak.

jika hidup melihat kpd keperluan dan kehendak diri shj, lupa kpd kebaikan umum, maka maksud negatif akan terpakai. jadi jika sedemikian pemikiran kita, maka jangan terkejut jika pada masa, pada tempat atau pada keadaan tertentu dimana kita memerlukan pertolongan dan sokongan orang lain, jawapan diberi kpd kita 'maaf ya, sila minta bantuan orang lain. sila jumpa dgn kawan awak'.

Tiada ulasan: