Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 25, 2013

Mahligai

mahligai adalah umpama istana. sebuah bangunan yg besar. di kelantan ada tempat bernama mahligai. ianya berkaitan tempat tinggal makhluk allah yg hanya mereka yg tertentu dapat lihat.

kita dibesarkan dgn impian utk mendapat kediaman seumpama sebuah mahligai. kita diceritakan dan didorong untuk berusaha mendapatkan sebuah mahligai umpama sebuah istana yg tersergam indah. yg mempunyai pelbagai kemewahan di dalamnya. keindahan mahligai dinyatakan seumpama istana raja2, rumah agam pembesar2, rumah mewah orang2 kaya. kita jarang dididik utk berusaha mendapat sebuah rumah yg dapat memenuhi keperluan asas sebagai tempat berlindung.

kita juga jarang atau kadang2 diingatkan oleh mereka yg rapat dgn kita utk mengidamkan mahligai di akhirat. kita juga lupa utk berusaha mendapatkan rumah sementara yg luas di alam kubur. kita biasanya lupa untuk memikirkan dan berusaha utk mendapat mahligai yg luas dan terang di alam barzakh dan alam akhirat. semoga kita berdoa dan berusaha untuk mendapat sebuah mahliagai seumpama rumah allah iaitu surau atau masjid yg terang dan luas, yg kita sentiasa kunjungi.

Tiada ulasan: