Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 11, 2013

Kaya dan Miskin

siapa seorang yg kaya? biasanya kita diajar atau dibagitahu seorang yg kaya adalah seorang yg berjaya. dan seorang yg kaya adalah yg ada rumah besar. ada perabut yg banyak dan cantik dlm rumah. ada kereta besar dan mahal dan berjenama. boleh makan tanpa risau nak membayarnya. boleh bercuti ke tempat2 yg jauh.

maka kita diajar utk cari harta yg banyak. kumpul harta yg banyak. jangan dipedulikan mereka yg meminta2. jangan dipedulikan mereka yg susah. jangan dipedulikan mereka yg miskin. maka kita diajar supaya kaya sendiri. diajar utk senang sendiri. diajar menjadi sombong. diajar menjadi boros. diajar jika lagi kaya lagi berjaya di dunia.

sejarah arab awalnya ahli masyarakat saling menjaga sesama sendiri. kerana keadaan kehidupan yg tak menentu, yg kaya tahu jika tak ditolong yg miskin, apabila kaya jadi miskin, mungkin yg dulunya miskin pula akan menolong mereka. maka jika kaya, semua akan senang. sehingga satu masa, yg kaya nak lagi kaya dan lupa tanggungjawab bermasyarakat. maka masyarakat menjadi tidak aman.

dan zaman sekarang pun sedemikian. yg pernah miskin nak jadi kaya. yg kaya nak jadi lebih kaya. tapi utk kepentingan sendiri. bukan utk kebaikan masyarakat. maka berlakulah penipuan. berlakulah salahguna kuasa kerana terlupa bahawa kita akan dipersoalkan diakhirat tentang kekayaan kita. adakah kaya didunia sebenarnya miskin diakhirat? 

Tiada ulasan: