Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 12, 2013

Kos Keperluan Kehidupan Harian

panjangnya kos keperluan kehidupan harian. ringkasnya kos harian.

berapakah kos harian kita? kiraan kos harian minima, iaitu kos yg membolehkan kita meneruskan hidup ke hari esok. saya suka gunakan teori maslow berkaitan peringkat keperluan. mengikut maslow, peringkat keperluan asas antara lainnya adalah makan&minum, rehat (tempat tinggal). jadi secara umumnya kita perlu kpd perkara yg menjaga tubuhbadan kita.

apakah kos minima utk makanminum, pakaian dan tempat tinggal? sekarang di lembah kelang minima utk sekali makan minum purata adalah rm5. jika makan dan minum minima 2kali sehari (pagi dan petang) maka kita perlu minima rm10. pakaian minima sekarang baju dan seluar (dalam dan luar) dan sehari 2set dan dipakai semula selepas hari ketiga. setiap set pakaian diandaikan boleh tahan setahun. maka 6setpakaian diandaikan (seluar rm25sehelai, baju rm20sehelai, pakaian dalam rm25sehelai) kos rm70x6=rm420. sewa bilik (termasuk air, letrik, dsbnya) anggaran rm10sehari. jadi secara kasar keperluan minima setahun (tak termasuk sepatu dan pengangkutan) adalah rm7,720 iaitu bersamaan rm21.15 sehari.

jika diambilkira sepatu (kasut dan sandal/seliper) rm60setahun dan pengangkutan kenderaan rm10sehari, maka kos pengangkutan setahun ialah rm3,710. dan dicampur kos makan/minum, pakaian dan tempat tinggal, jumlah kos tahunan seorang adalah rm11,430. ianya bersamaan rm31.32 kos harian. jadi kos harian minima ini bagi saya boleh dianggap garis kemiskinan. untuk lebih mudah, kita andaikan kos harian minima adalah rm36.50. kos tahunan minima bersamaan rm13,322.50 iaitu bersamaan kos bulanan minima rm1,110,21. bolehkah  rm1,110.21 dijadikan garis kemiskinan di malaysia?

Tiada ulasan: