Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 16, 2013

Mencari Damai

kehidupan harian mempunyai pelbagai cabaran kpd kita. Adakalanya tekanan daripada kehidupan harian menyebabkan kita stres. jika stres tak diuruskan dgn betul, boleh menyebabkan kemurungan dan paling teruk, habis sumbu.

di surau berhampiran dgn rumah, seorang remaja muda adalah antara ahli surau yang hampir setiap waktu berada di surau untuk solat fardu berjemaah. kebiasaannya beliau antara yang terawal berada di surau. waktu zohor tadi pun begitu.

beliau merupakan seorang anak yatim sejak kecil. walau pun kemudiannya mempunyai ibu baru, tetapi beliau mengikut definisi adalah tetap seorang anak yatim. dan secara umumnya jika seseorang tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada mereka yg penting dlm hidup mereka, ramai yg mungkin menghadapi masalah tertentu.

kenapakah beliau sering di surau untuk solat fardu? saya tidak tahu jawapan tepat. tetapi saya boleh andaikan bahawa beliau di sana kerana mencari kedamaian. mencari penerimaan dan pengiktirafan. dan kedamaian dan pengiktirafan tertinggi adalah daripada allah, tuhan yang satu, tuhan sekalian alam.

Tiada ulasan: