Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 16, 2013

Gelaran

gelaran selalunya untuk menggantikan nama sebenar. gelaran diberi untuk memudahkan kita memanggil atau mengenalpasti seseorang. gelaran diberi boleh jadi positif atau negatif kpd pemberi dan penerima. gelaran ada yg formal dan ada yg tidak formal.

gelaran pertama yg kita guna selalunya kpd ahli keluarga terutama kpd kedua orang tua iaitu emak dan ayah (ikut tempat, daerah, bahasa dll). seterusnya kpd ahli keluarga lain. dan semasa lahir juga kita menerima gelaran seperti anak emak dsbnya. gelaran dlm keluarga kpd kita dan ahli lain akan berubah ikut masa, tempat dan keadaan. anak sulong apabila telah dewasa menjadi abang long, ayah long, tok long dsbnya. gelaran ini tidak perlu penganugerahan pingat.

sekarang ramai suka kpd gelaran yg datang dgn pingat, kelayakan akademik dan pelbagai lagi. berjumpa dgn kawan2 atau kenalan2, antara gelaran diberi adalah spt dato'. dan ada yg berkata gelaran atau panggilan adalah seperti doa. jika baik diberi, maka baiklah kesannya. doa adalah seumpama harapan. agak2 selesakah dgn gelaran dato' berpingat? main futsal kena ke suruh orang panggil kita dato' jika nak minta bola? hehehe..dato' bad...

Tiada ulasan: