Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 09, 2013

Buku Tentang Rasulullah s.a.w

alhamdulillah, sy telah terima buku yg dipesan melalui internet berkaitan rasulullah s.a.w dan juga islam. ianya sebanyak 3buah. buku2 ditulis oleh seorang penulis bukan islam. beliau menerima penghormatan drpd persatuan muslim sebuah negara sebagai mengiktiraf usaha beliau menulis buku berkaitan islam.

antara tujuan penulis menulis buku2 tersebut adalah sebahagian drpd buku2 berkaitan agama di dunia. dan antara buku2 berkaitan islam adalah untuk mengurangkan jurang kefahaman dikalangan bukan islam dgn islam. walau bagaimana pun, kerana penulis adalah bukan islam, walau pun berdasarkan rujukan tertentu, penulisannya tidaklah sempurna. jika sempurna dan ditulis dgn penghayatan, saya andaikan beliau akan menjadi seorang muslim.

ada banyak tulisannya yg saya tidak setuju. sebagai bukan muslim, beliau tidak boleh menerima tentang kebenaran alquran dan alhadith. beliau tidak menerima ayat2 alquran sbg wahyu dari allah tetapi sbg hasil pemikiran oleh nabi muhammad s.a.w. utk menyelesaikan masalah yg dihadapi. beliau mempertikaikan beberapa sejarah rasulullah s.a.w.

namun saya membaca buku2 tersebut sehingga tamat. dan allah bg kaum arab (bukan islam) adalah tuhan tertinggi. setelah kedatangan islam, allah adalah tuhan yg maha esa bagi kaum arab. dan bagi kaum lain juga, setelah kedatangan islam, allah adalah tuhan yg satu, tiada tuhan melainkannya. cuma yg bukan islam tidak mahu sembah allah, tuhan yg satu, tiada tuhan melainkan allah.

Tiada ulasan: