Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, April 04, 2013

Jika Niatnya Baik

insyaallah, jika niat kita baik, kita akan dipermudahkan usaha yg dilakukan. insyaallah hasil dicapai sebagaimana niat.

dua malam lepas semasa perasmian agm peers 2013, pak su soder, ketua pkk bercerita pengalaman beliau dan usaha beliau utk mendapatkan parkir. dgn doa dan bacaan tertentu, insyaallah harapan mendapatkan parkira berjaya. dan mengikut beliau, alhamdulillah, ianya berjaya sehingga kini.

tadi saya terfikir bhw saya akan lambat sampai ke rumah. sebab kerja yg belum selesai. dan saya terfikir nak telefon maklumkan bhw saya akan lambat. jadi ayah tak perlu tunggu saya untuk ke surau. alhamdulillah, kerana niat yg baik, saya berjaya sampai ke rumah sebelum maghrib. walau bagaimana pun, hanya dapat ke surau selepas solat maghrib di rumah dgn ayah sbg imam.

maka sentiasalah berniat baik, berusaha, berdoa kpd yg maha esa, dan bertawakal. insyaallah, niat akan tercapai.

Tiada ulasan: