Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, April 19, 2013

Tahlil dan Kita

selesai solat isyak tadi, imam memaklumkan bhw ada jemputan utk majlis tahlil di rumah dalam kariah. sesiapa yg berkelapangan dijemput hadir.

alhamdulillah, ramai drpd jemaah isyak di surau yg turut hadir walaupun bukan semua. dan di rumah yg diadakan majlis penuh dgn tetamu saudara dan kenalan arwah. walaupun sebuah rumah teres, masih selesa utk majlis tahlil. ayah saya mengetuai majlis. alhamdulillah.

majlis tahlil dan talkin mengingatkan kpd yg masih hidup bahawa janji allah - mati adalah benar. yg kaya dan yg miskin akan mati. yg rumah besar dan rumah kecil tetap akan mati. yg gaji besar dan gaji kecil akan mati. yg kereta besar dan yg kereta kecil akan mati. yg berpangkat besar dan yg pangkat kecil akan mati.

jadi tak perlulah nak berebut harta. berebut pangkat. jika niat utk senang di dunia shj. jika nak menunjuk2 di dunia shj. sedarlah bhw kita semua akan mati. emas, permata, pakaian mahal, bintang dan pingat, kelayakan akademik, jawatan, semua adalah nikmat dan ujian di dunia. dan akan dipersoalkan bagaimana kita dapat dan gunakannya secara amanah.

Tiada ulasan: