Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, April 30, 2013

Jawatan dan Harga Diri

ada yg bertanya kpd saya, 'kenapa ada yg masih pegang jawatan walau sekian lama? bukankah jawatan itu bukannya tetap dan berpencen?'. ada yg tanya juga, 'ada yg dah lama pegang jawatan, tapi hasilnya tidak seberapa atau masih tiada hasil atau kebaikan kpd organisasi dan masyarakat'.

memang ada organisasi yg jawatan disandang adalah sehingga pemegang jawatan pencen atau bertukar jawatan. ada organisasi dimana jawatan adalah bergilir2. ada yg diberi jawatan kerana kelayakan. ada yg diberi jawatan kerana tiada lain yg layak. ada yg diberi jawatan kerana tiada lain yg sanggup. ada yg diberi jawatan kerana meminta jawatan. kesan baik atau buruk, dinilai oleh mereka yg berada di sekitar pemegang jawatan.

bolehkah jawatan dianggap seumpama sama nilai dgn harga diri seseorang? atau bolehkah hasil drpd jawatan yg diamanahkan disamakan dgn harga diri pemegang jawatan? seorang yg berilmu sedar bhw jika sudah kurang atau tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn amanah, akan meletak jawatan.

Tiada ulasan: