Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Oktober 26, 2021

Latihan Industri

Atau latihan praktikal. Internship.

Sesi pengajaran dan pembelajaran atau perkongsian ilmu dimana amalan lebih drpd teori. Kebanyakan program pengajian diploma dan sarjana muda di dalam negara menetapkan sebagai satu drpd kursus wajib dlm kurikulum.

Tempoh biasanya satu semester. Ada yg sehingga 20minggu atau lebih. Bagi bidang berkaitan kerjaya tertentu, latihan industri amat penting. Biasa pada sem terakhir pengajian.

Sekarang tidak mudah dapat tempat utk jalani LI di organisasi pilihan kerana banyak ipt sekrg  berbanding dahulu, masa 1980an, 1990an.

LI peluang pelajar alami kerja sebelum komit sbg pekerja. Peluang sebelah kaki di tempat kerja pilihan. Jika pandai bekerja sebaiknya, majikan tawarkan kerja sebaik tamat pengajian.

Biasanya dlm tempoh seminggu hingga 2 minggu pertama LI, pensyarah penyelia akan semak dgn pelajar kesesuaian pelajar dgn tempat LI. Jika ada masalah, pensyarah penyelia akan hubungi penyelia di tempat LI utk pengesahan.

Di tempat LI, pelajar LI akan patuhi arahan penyelia shj, kecuali diarahkan ole penyelia utk turut patuh pekerja lain. Ini utk elak pelajar tak capai objektif LI.

Tiada ulasan: