Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 08, 2022

Ayah dan Sukan

Arwah ayah suka bersukan. Dia, abangnya, dan kawan2nya ada kelab bolasepak sendiri, di Kota Bharu. Kelab bolasepak kijang. Mereka 3 beradik antara peneraju dan pemain kelab mereka.

Semasa di MCKK, ayah bermain bola sepak dgn posisi right wing. Dia sentiasa bercerita ttg gol jaringannya melawan Sek Men Clifford.

Di UM, ayah main ragbi. Beliau pernah jadi presiden kelab ragbi COBRA.

Saya dan adik beradik banyak didedahkan dgn sukan oleh ayah. Spt tenis, squash, ping pong, badminton, hoki, karom, dll.

Kali terakhir ayah tendang bola di padang bolasepak, Big Field MCKK pada 2019. Selepas bermain di padang sama pada 1958. Dia ambil penalti.

Tiada ulasan: