Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, April 22, 2010

Substance Over Form

Tengahari tadi diadakan satu majlis ringkas utk bos yg akan tamat tempoh amanahnya. Saya secara rasminya sempat belajar drpd beliau 26bulan. Secara tidak rasmi, saya tak tahu. Antara ayat/prinsip yg diingatkan kpd saya adalah konsep perakaunan 'substance over form'.

Ianya bermaksud, lihatlah kpd intipati, bukannya kpd luaran. ataupun, jangan tengok tajuk buku aje, lihatlah kandungannya. Yang lebih penting dan bererti adalah apa yg dicapai, bukannya yg ditonjolkan2 selalu oleh tong2 kosong. bagi saya substance adalah integriti kita melalui ilmu yg ada dan diperagakan kita. form adalah pangkat, jawatan, lakunan.

Masih jelas di kepala saya apabila bos saya menjemput saya bertugas bersamanya. Penerimaan pelawaan beliau membuat seorang drpd sifu saya menjauhkan diri drpd saya. Saya berfikiran positif bhw mungkin apa yg boleh saya pelajari dgn sifu terdahulu telah sampai ke penghujungnya. Maka saya perlu cari sifu baru pula.

Saya bersyukur kpd Allah krn sepanjang saya di uitm, saya berpeluang belajar drpd ramai sifu2. antaranya adalah dekan2 di fsr, tnc2 uitm, pnc2, pengarah2 kampus dll. tetapi pembelajaran saya yg berterusan adalah dgn rakan2 pensyarah dan pentadbiran, dan para pelajar saya.

Terima kasih kpd sifu di ined kerana yakin bhw saya dpt menjalankan tugas saya secara amanah. terima aksih kerana bersedia memberi tunjuk ajar kpd saya. Hanya Allah shjlah yang mampu memberi pembalasan seadilnya.

Tiada ulasan: