Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 18, 2010

Kuliah Terakhir Sem Dis2009-Apr2010

Petang tadi adalah kuliah terakhir saya dgn pelajar utk sem ini. Kuliah terakhir tadi bersama para pelajar PLK FSR. Ianya tertumpu kpd rumusan p&p satu sem dan persediaan utk peperiksaan.

OBE dan SLT menukarkan beban dan tanggungjawab lebih kpd pelajar. pensyarah lebih sbg fasilitator. utk setiap 1jam kuliah/syarahan, pelajar perlu adakan 1jam sbg persediaan dan 1jam sebagai ulangkaji. maka jika kursus melibatkan 3jam pada setiap minggu akan memerlukan pelajar memperuntukkan 6jam di luar waktu kuliah utk kursus tersebut. maka pelajar perlu proaktif, bukan lagi pasif, hanya disuap dgn ilmu yg ada oleh pensyarah shj.

saya kurang berpuashati apabila para pelajar tidak mempunyai buku teks sebagai rujukan utama kursus saya. saya lihat, pelajar plk lebih komited dlm mendapatkan teks berbanding kumpulan pelajar sepenuh masa dan epjj. lebih memeningkan, ada pelajar yg hanya mengharapkan nota yg diagihkan oleh saya shj sbg sumber rujukan. adakah ini tanda2 tahap pencapaian yg akan didapati utk kursus saya oleh pelajar berkaitan?

Tiada ulasan: