Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, April 24, 2010

Berubah dan Hijrah

Ada orang kata,'jika kita lakukan perkara yg sama, tetapi mengharapkan keputusan yg berbeza, ianya adalah kerja orang gila'. Maksudnya, jika cara kerja kita tetap sama ttp inginkan keputusan yg lebih baik, maka kita hanya berfikir dan berkelakuan spt org yg tak waras, tidak berilmu.

Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib kerana beliau maklum bhw jika beliau tetap di Mekah, dakwah terhadap Islam tidak dpt berkembang. Ini kerana penerimaan terhadap Islam dikengkang oleh pemerintah dan kumpulan2 yg sesat.

Sebaliknya, di Yathrib, dakwah terhadap Islam berpeluang utk berkembang subur kerana majoriti penduduknya bersedia utk berubah bersama Islam utk kesejahteraan dunia dan akhirat. Walau pun terdapat tentangan drpd puak2 yahudi, namun pemimpin2 lain di Yathrib bersedia dan positif terhadap Islam.

Maka, adalah tanggungjawab pemimpin utk memastikan arahtuju organisasi. Pemimpin perlukan pasukan yg bersedia utk ke arah kebaikan. Pemimpin mesti bersedia mengeluarkan mereka yg hanya merosakkan organisasi krn sifat tamak utk kepentingan diri shj. Pemimpinlah akan dipertanggungjawabkan dgn setiap hasil keputusannya.

Tiada ulasan: