Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, April 27, 2010

Selesema Cikgu

Hari ini dah lebih 7 hari saya selesema. Alhamdulillah, suhu badan taklah tinggi sangat. Dah pun saya p pusat kesihatan uitm pada minggu lepas, dapat pelbagai ubat. ubat selsema, ubat demam, ubat batuk, vitamin c.

Bagaiman boleh saya terkena selsema? Pada isnin minggu lepas, ada pelajar datang ke pejabat saya. Yg sedihnya, dia datang sambil hingus meleleh. Habis, sah dia ada selsema. Dan dia tinggalkan virus dlm bilik saya. Virus pula senang berkembang biak dlm suhu yg sejuk.

Yg tak best bila kena selsema; hidung tersumbat, mata berair, telinga tersumbat, selera makan takde, pergerakan rasa sengal2. selsema ke tanda2 usia sebenar? kerana selsema, pada hujung minggu baru2 ini, saya cuma di rumah shj. tak silap saya pertama kali pada sem ini tak keluar rumah. Bagus jugak. dapat rehat yg panjang.

Pada pagi isnin rasa lega sedikit. Tapi apabila hadir ke mesyuarat yg penghawa dingin nya kuat, hidung dan telinga kembali tersumbat. Adakah saya masih tak cukup rehat? ada kawan cadangkan p sauna sahaja, sebab pengalaman beliau, selepas sauna, hilang sumbat di hidung. insyaallah akan saya cuba.

1 ulasan:

olie_8 berkata...

jaga diri sir~~ :)