Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 25, 2010

Tugas Daripada Ketua

Apabila ketua memberi tugas kpd kita ia ada pelbagai maksud. Ketua yakin kita boleh lakukan. Ketua bagitau tugas itu tanggungjawab dan amanah kpd kita. Ketua tak yakin kpd orang yang tak diberi tugas tersebut. Ketua ingin melihat sama ada kita mampu sempurnakan tugas yg diberi.

Ada yg berkata saya banyak masa. Ada yg kata saya banyak kerja. Ada yg kata saya tak buat kerja. Ada yg kata saya tak fokus dlm kerja. Ada yg kata saya cakap tak serupa bikin. Ada yg kata cakap saya tak boleh pakai. Ada yg betul, ada yg tak betul. Saya manusia ciptaan Allah. makhluk yang lemah.

Tapi saya ikut kata ketua. maka saya akan jalankan tugas diberikan. Tapi peliknya, spt biasa, ada pihak yg tak diberi tugas nak memandai2 pulak. Macam dia pulak bos. Bila bos nak bagi kerja kat dia, dia mengelak, macam2 alasan. Adakah ini tanda seseorang itu hanya tahu cakap aje dan tak mahu terima tanggungjawab, sebaliknya nak menyibuk2 dan menyusahkan orang yg diberi tanggungjawab?

Saya selalu ingatkan kpd mereka yg sudi mendengar, kenal pasti siapa bos, cif, ketua paling utama. patuhi arahan dia, bukannya bos2 lain. lihat struktur organisasi, hilanglah pening kepala kita.

Tiada ulasan: