Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, April 22, 2010

Kesedaran dan Ilmu

Ilmu adalah penting utk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Tanpa ilmu, kita tidak berupaya utk berusaha kelangsungan hidup di dunia. Tanpa ilmu, kita tidak akan berupaya utk melakukan persediaan utk kehidupan di akhirat.

Ilmu memberi kita kesedaran. Tanda2 seorang yg berilmu yg betul adalah beliau sentiasa ingat bhw kehidupan di dunia ini hanya sementara. Kehidupan di akhirat sahaja yg kekal. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Dan kita bertanggungjawab dgn setiap yg kita lakukan.

Pada sabtu lepas, saya di makam seorang drpd sultan selangor. seterusnya saya dimurahkan rezeki utk dpt berjemaah di sebuah masjid antara yg tertua di selangor. keberadaan saya di ekdua2 tempat tersebut menyedarkan saya. setinggi mana jawatan kita dan sebesar mana kuasa kita, yg kekal abadi hanyalah Allah Yang Maha Besar.

Jadi, tidak perlulah kita menipu, mencuri, merompak, memfitnah dsbnya hanya untuk jawatan/takhta,kekayaan/harta, seks/wanita yang hanya sementara shj di dunia ini. terjemahan alquran yg dibaca melalui radio sebelum maghrib hari ini mengingatkan bhw ganjaran yg terbaik adalah di akhirat. Allah Maha Mengetahui.

Tiada ulasan: