Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Oktober 07, 2009

Jahiliyyah Lagi

Saya terpaksa berkali2 menegur mereka yg tak faham atau tak mahu faham papan tanda yg menyatakan 'kereta pelajar dilarang masuk'. Dan semalam saya meneruskan menegur dan mengingatkan.

Kali pertama tegur mungkin boleh secara lembut. Tetapi kalau tingkahlaku jahiliyyah diteruskan, dah hampir satu semester (lebih lagi jika dikira tempoh papan kenyataan dinaikkan), maka saya fikir apabila bercakap dgn mereka yg jahiliyyah, tidak lagi perlu secara berbudi bahasa. Saya dapat andaikan perasaan pengawal keselamatan uitm, apabila mereka menjalankan tanggungjawab. Mereka mempunyai tugas untuk dijalankan. Tak buat kena marah. Bila mereka buat, kaum jahiliyyah akan komplen dan menyalahkan pengawal keselamatan seolah2 tidak berbudibahasa, dan pengawal keselamatan dimarahi bos. Jadi, bagi pengawal keselamatan dan lain2 penjawat awam/swasta yg diberi amanah, akan tertekan kerana buat ke, tak buat ke, dua2 kena marah. Ini akan akibatkan burnout.

Maka kpd kaum jahiliyyah, dapatkanlah ilmu yg berkat. Peraturan adalah utk kesenangan dan kemudahan bersama.

Tiada ulasan: