Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Oktober 07, 2009

PECIPTA 2009






Insyaallah, esok saya akan emwakili uitm di pecipta 2009. Peserta adalah dari IPTA tempatan. Dan saya adalah antara wakil uitm. Di atas adalah gambar saya di KLCC semasa meninjau tempat.

Produk saya yg akan dipertandingkan adalah ABC Bina Usahawan - LEBAH. Ianya satu permainan pendidikan untuk usahawan berkaitan perakaunan. Bagi 2009, ini adalah pertandingan berkaitan penyelidikan, inovasi, rekacipta yg ketiga saya terpilih mewakili uitm. Sebelum ini saya menyertai MTE 2009 di PWTC, dan kemudiannya ITEX 2009 di KLCC juga. Setakat ini, saya tiada rezeki dalam memenangi sebarang pingat. Jadi saya berdoa agar saya berjaya memengangi sekurang2nya pingat gangsa di PECIPTA 2009, di mana penghakiman akan dilakukan esok 8 oktober 2009. Kalau dapat emas, pihak RMI berkata ada peluang sama ada ke Nuremberg atau ke Korea. Insyaallah.

Tetapi bg setengah2 pihak, saya masih tidak melakukan kerja di uitm. Dan saya tidak layak dinaikkan pangkat. Walau pun ramai daripada kenalan dan kawan2 asyik bertanya saya,'bila nak jadi prof.madya?', dan saya mampu tersenyum dan berkata,'nak jadi prof.madya bukan senang macam dulu. kalau dah rezeki, insyaallah.' Allah jua yang menentukan rezeki kita.

Tiada ulasan: