Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 03, 2009

Solat Jumaat 02102009

Semalam saya solat jumaat di pusat sukan uitm. Kebiasaan saya solat di masjid saas. Tetapi saya ke pusat sukan sebab jam 3ptg jamuan raya uitm di padang kawad bersebelahan dgn pusat sukan.

Saya sampai di pusat sukan dah hampir 1tghari. Alhamdulillah, saya dapat berada di saf pertama. Memang saya berniat untuk cuba berada di saf pertama sebelum saya keluar drpd pejabat. Saf pertama di pusat sukan adalah antara saf yg paling pendek. Dan saya lihat ramai yg berada di saf pertama adalah para pelajar. Alhamdulillah. Saya teringat bagaimana ada yg menyatakan bhw kita sepatutnya berebut2 untuk berada di saf yg pertama apabila kita solat. Dan kalau boleh berada di belakang imam.

Insyaallah, jika di tempat lain untuk solat jumaat, saya akan cuba berada di saf pertama. Dan saya akan cuba lebih banyak solat fardhu secara berjemaah. Sebabnya, pahala adalah 27kali ganda drpd solat berseorangan. Beruntungnya mereka yg dah berkeluarga, mempunyai suami/ister dan anak2 yg memudahkan untuk solat fardhu berjemaah.

Tiada ulasan: