Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 02, 2009

Bangga

Bangga ataupun ego ataupun sombong ataupun rendah diri. Perkataan yg sesuai untuk digunakan bergantung kpd keadaan.

Ramai akan bangga jika dilihat bersama pemimpin. Mereka dapat tumpang glamor. Ramai yg akan ambil peluang untuk bergambar dgn pemimpin. Ramai juga bangga jika dilihat menjalankan arahan pemimpin. Sifat semulajadi seorang manusia. Ingin dilihat sebagai berjaya dgn punyai kenalan dikalangan pemimpin.

Tapi berapa ramai yg bangga bergambar dgn ahli keluarga. Bergambar dgn kedua ibubapa. Dan berapa ramai yg bangga kerana diminta atau diarah untuk melakukan sesuatu oleh kedua ibubapa kita?

Kita sepatutnya bersyukur dan berbangga jika kita diarahkan atau diminta oleh kedua ibubapa kita untuk melakukan sesuatu selagi tidak menyalahi agama. Arahan atau permintaan mereka menunjukkan mereka yakin dan percaya dgn kebolehan kita. Dan sebenarnya melalui arahan dan permintaan mereka kepada kita adalah satu cara mereka menunjukkan bahawa mereka bangga dgn kejayaan dan kebolehan kita hasil didikan mereka.

Tiada ulasan: