Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 03, 2009

Hijrah ke Timur Tengah

Tadi pada jam 9.20 malam, seorang daripada pakcik saya akan berhijrah ke timur tengah. Hijrah kerana menjalankan tugas.

Beliau akan berada di sana selama sekurang2nya setahun. Insyaallah, hijrah diharapkan memberi rezeki yg lebih baik. Dan beliau maklumkan bhw di tempat beliau akan bertugas, majoriti akan bertutur dlm bahasa inggeris, bukannya bahasa arab.Seorang cucu saudara nenek saya sedang bekerja di negara arab. Seorang saudara saya lagi juga pernah bertugas di negara arab selama 2 tahun. Dan ramai juga orang melayu yg menetap di arab. Saya dahulu pun ada terfikir ingin berhijrah ke timur tengah. Sebelum saya menjadi pensyarah di uitm. Mungkin satu hari nanti kot.Cuma kita perlu faham bahawa budaya di negara arab amat berbeza berbanding budaya di negara kita.

Orang arab sangat suka dgn budaya kerja orang melayu yg sangat rajin berbanding penduduk tempatan. Maka kita lihat bhw orang yg berhijrah akan berubah budaya kerjanya menjadi lebih rajin dan produktif. Lihatlah rakyat asing yg berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki. Bandingkan budaya kerja mereka dgn kita penduduk tempatan.Maka hijrahlah untuk kebaikan.

Tiada ulasan: