Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Oktober 12, 2009

Makan Tengahari

Dalam perjalanan ke uitm pagi tadi saya menerima panggilan telefon drpd seorang pakcik saya. Dia jarang telefon saya. Dan saya jarang dapat berjumpa dgnnya.

Dia bertanya sama ada saya di shah alam pada waktu tengahari. saya jawab,'Ya'. Dia bertanya hotel mana untuk p makan tengahari, dan saya cadangkan hotel uitm. Dia minta cadangan lain. Jadi saya pun cadangkan hotel concorde. Dia setuju dan pesan kpd saya, jumpa jam 12.00 tghari. Dalam lif dari tempat letak kereta, pakcik saya telefon kerana dia sudah ada di lobi. Alamak, saya ingat timing saya dah cantik. Berlari2 jugalah saya. maklumlah bos besar.

Saya jarang dapat makan tengahari dgn pakcik saya ni. Tertanya2 jugak, apa tujuan nak jumpa saya. Nak tawarkan kerja ke? Cukuplah kalau gaji rm30ribu sebulan, saya tak nak banyak2. Tetapi sebenarnya dia saja nak makan tengahari dgn saya sebab dia berada di epjabat yg berhampiran. Alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi rezeki dgn saya pada tengahari tadi.

Tiada ulasan: