Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 16, 2009

Doa dan Harapan

Doa adalah permohonan kita kpd Allah. Tidak perlu pakai kabel. Ianya wireless. Dan ianya secara terus/direct.

Kita digalakkan berdoa. Dan saya sentiasa berdoa untuk kehidupan yang dirahmati Allah dan kebaikan yang baik dunia dan akhirat. Saya tahu, mereka yang mengasihi kita akan turut berdoa untuk kebaikan kita. Berdoa adalah seperti perancangan, kita harap rancangan kita dikabulkan Allah. Berdoa adalah permintaan kita kepada Allah. Dan doa yang diiringi airmata sangat2 menginsafi kita. Saya berdoa agar mereka yang saya kasihi dan sayangi sentiasa di lindungi Allah drpd niat dan angkara buruk serta kezaliman makhlukNya. Untuk seorang kawan saya, saya sentiasa berdoa agar beliau sentiasa semakin hampir kepadaNya. Adakala saya berdoa kerana itu sahaja yg termampu oleh saya.

Kita janganlah sombong atau takut untuk berdoa kepada Allah. Sesungguhnya hanya Allah kita sembah dan kita mohon pertolongan.

Tiada ulasan: