Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 16, 2009

Airmata

Airmata, cahayamata, air muka. Kesemua ini ada kalanya adalah berkaitan.

Keluarga akan keluarkan airmata kegembiraan apabila mendapat cahaya mata. Tetapi keluarga akan keluarkan airmata kedukaan apabila mendapat tahu cahaya mata bakal diterima bukanlah sah dari segi agama. Dan dikala itu, cahaya mata itu bukanlah lagi cahaya mata, tetapi sesuatu yg menghitamkan airmuka keluarga. Ataupun juga, apabila cahaya mata dalam keluarga melakukan perkara2 yg menyebabkan airmata kedukaan pada keluarga kerana melakukan kesalahan atau kesilapan daripada segi agama atau peraturan.

Ada kalanya, kita terjerat dan terperangkap dgn cinta sesama manusia dan sebenarnya kita dipergunakan hanya untuk memuaskan nafsu syaitan mereka yang kononnya mencintai kita. Ada diantara kita menjadi mangsa penjenayah agama. Tetapi ada yang mungkin tidak sedar kerana terlalu lama dipergunakan.

Maka hancurlah harapan, dan musnahlah jiwa keluarga apabila cahaya mata yg ditatang dgn penuh kasihsayang mencalik arang di muka (walau pun ada kalanya bukan salah kita). Tetapi pesan saya kepada mereka ini, terutama kenalan saya, kesilapan dan kesalahan di masa lalu janganlah dijadikan alasan bahawa kita tidak boleh lagi menjadi hamabNya yang baik. Selagi kita masih bernyawa, dgn kemurahanNya, gunakanlah masa yg ada untuk berubah kepada kehidupan yang baik di dunia dan diakhirat.

Tiada ulasan: