Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 02, 2009

Amanah dan Rezeki

Masalah sebagai seorang KP apabila hendak mengagihkan kursus untuk diberi kpd setiap pensyarah. Akan ada pensyarah yg mempunyai ata tinggi, dan akan ada pensyarah yg mempunyai ata rendah.

Ada pensyarah tidak ingin lepaskan kursus yg diajarnya kpd pensyarah lain. Katanya, kursus itu milik dia. Maaf ya, pengagihan kursus mesti mengikut kelayakan akademik. Bukannya ikut saya dah lama mengajar, saya lebih layak. Ingatlah bahawa tugas kita mengajar adalah satu amanah. Janganlah buat ajaran sesat.

Yang pening juga kpd KP adalah nak bagi kursus kpd pensyarah yg tiada bidang berkaitan. Ini kesan jika kita diambil bekerja sebab gunakan wireless. Yang 'hello' dan arahkan diambil seseorang menjadi pensyarah mungkin kurang ilmu dan kefahaman juga tentang tugas dan amanah seorang pensyarah. Kalau kita rekomen seseorang menjadi pensyarah tetapi pensyarah itu tidak boleh menjalankan tugas dan amanah sebagai pensyarah, maka kedua2nya, pemilik wireless dan yg menggunakan wireless itu adalah pengkhianat kpd pelajar, dan pihak2 yg ada kepentingan dgn organisasi IPT.

Tetapi selalunya mereka ini tidak sedar. Mereka alpa dgn kuasa sementara di dunia. Mereka lupa dgn tanggungan yg perlu dijawab di akhirat.

Tiada ulasan: