Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 16, 2009

Sebuah Sajak Lama

Saya tak pasti adakah ini satu sajak atau puisi. Saya perolehinya semasa saya belajar di sekolah menengah dahulu. Saya potong daripada sebuah surat khabar dan saya simpan dalam 'pencil case' saya.

ianya seperti berikut (tapi yang asal saya dah lupa):

Jika lapar carilah makanan
jika dahaga carilah minuman
Carilah dibendang
Jika tiada, carilah dihutan
Jika tiada, carilah disungai
Jika tiada, carilah di mana2 sahaja
Tetapi, tanah yang sedikit janganlah digadai
Kerana ianya adalah airmuka, airmata, maruah kita

Apakah maksud sebenarnya? Bagi saya, rezeki ada di mana sahaja. Tetapi dalam mencari rezeki, janganlah kita sanggup menggadaikan diri kita. Pangkat, harta adalah antara dugaan di dunia ini.

Tiada ulasan: