Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Mei 04, 2011

Nilai Kata

pengalaman berurusan dgn aktiviti dan program di kuala tahan dan taman negara banyak membantu saya mengenai nilai kata manusia. ianya berkaitan kebolehpercayaan/ krdibiliti/ siddiq seseorang.

bukannya mudah utk memastikan kejayaan sesuatu aktiviti dan program. kita merancang dan Allah menentukan. tetapi dlm proses perancangan dan pelaksanaan projek, ianya membolehkan kita menilai kata orang lain. ianya memberi kesan kepada nilai kata kita. yg teruknya apabila kita berjanji utk memudahkan urusan pihak lain, tetapi disaat akhir, pihak yg ingin kita bantu menyusahkan kita.

pengalaman saya dgn satu kumpulan pelajar yg memenangi beberapa pertandingan dalam negara dan mewakili negara di peringkat antarabangsa adalah antara contohnya. mereka ini tidak faham atau tidak mahu faham nilai kata. dan mereka juga tidak jujur dlm pengurusan perjalanan aktiviti berkaitan kewangan (pada pandangan saya). saya kerugian rm1.5k kerana cara mereka ini menguruskan projek. maka mereka ini saya tak akan pegang kata mereka dimasa depan. mereka mungkin cemerlang dgn satu perkara, tetapi mereka tidak boleh dipercayai saya. maka saya gembira kerana saya tidak perlu berurusan dgn mereka lagi.

dan saya akan cadangkan kpd kenalan saya bhw kpd saya, kata mereka (kumpulan pelajar ini) tidak bernilai dan tidak boleh dipercayai. jika kpd kenalan saya kata saya adalah bernilai, bermakna kumpulan pelajar ini kemungkinan tidak akan mendapat pekerjaan dgn kenalan saya. sekali terkena, akan ingat sampai bila2.

Tiada ulasan: