Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Mei 14, 2011

Kualiti Graduan dan Kebolehpasaran

kedua2 perkara di atas, kualiti graduan dan kebolehpasaran graduan adalah saling berkait. dan ianya juga berkait dgn kebolehdapatan pasaran (employability) graduan.

kualiti graduan bukan tanggungjawab tenaga akademik shj. yg paling penting adalah graduan sendiri perlu berusaha utk memastikan semasa mereka menjadi pelajar di ipt, mereka akan menjadi graduan berkualiti. ianya berkaitan dgn kebolehan berbahasa inggeris, berkomunikasi - menyampaikan mesej yg ingin disampaikan (kandungan, tulisan, dsbnya, keterampilan diri dan pelbagai lagi.

saya boleh kaitkan kualiti graduan dgn 4sifat sebagai pemimpin. maka seorang graduan yg berkualiti perlulah bersifat siddiq (boleh dipercayai setiap kata dan perbuatan), fatanah (berilmu dlm bidang pekerjaan), amanah (bertanggungjawab menjaga harta orang lain), dan tabligh (berupaya berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dgn baik).

saya sedang memeriksa kertas jawapan pelajar utk satu kursus yg saya kongsi dgn pelajar pada sem jan 2011. dukacita, ianya satu proses yg amat mencabar. jawapan diberi tidak menepati soalan. tulisan seumpama cakar ayam. bahasa inggeris spt bahasa dlm sms. dan ini merupakan kumpulan pelajar sarjana muda bukan dlm tahun pertama.

maka adakah proses pengambilan kita tidak tepat? adakah proses pengajaran dan pembelajaran kita tidak tepat? adakah proses peningkatan nilai kebolehpasaran graduan tidak tepat? siapakah yg bertanggungjawab selain drpd pelajar yg tidak berusaha dan membaca utk perbaiki diri mereka?

Tiada ulasan: