Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mei 19, 2011

22 Tahun

itu umur saya 22 tahun dahulu. itu juga usia saya semasa berjaya mendapat dia. bukan lagu sheila majid. bukannya orang. tetapi dip in accountancy, itm.

tadi saya makan malam bersama beberapa sahabat dia dahulu. alhamdulillah, mereka semuanya menjadi manusia yg berjaya. dan alhamdulillah, mereka setiap hari semakin hampir dgn Nya. ada yg setahun pendapatan saya, sebulan pendapatan mereka.

saya lebih banyak mendengar kisah mereka selang 22 tahun. ada yg saya jumpa beberapa tahun yg lepas. ada yg saya jumpa lebih 10tahun dahulu. kerja kira duit orang lain. dan kami berkongsi kisah mereka yg kaya atau ingin kaya tanpa kira halal atau haram. alhamdulillah, kita tidak tergoda. dikongsi bagaimana ada orang tidak tahu apa nak dibuat dgn duit punca haram. jawab seorang kawan,'bagi aje kpd rumah anak yatim'.dan ini juga punca berlaku tembakan tak disengajakan.

kami bercerita tentang pensyarah kami dahulu. saya maklumkan mereka masih lagi mengajar di uitm. dan seorang kawan adalah adik kpd seorang dekan yg saya telah audit. seorang sepupunya adalah pensyarah di fakulti lama kami. begitu juga seorang senior kami, yg rupa2nya saya jumpa beberapa hari yg lepas tentang pengajian saya.

memang dulu lain, sekarang lain. dulu itm sekarang uitm. komen kawan,'kita hormat kepada mereka yg berkongsi ilmu dgn kita'. saya bagitau yg ianya adalah bawaan drpd sekolah. dulu guru dihormati. sekarang harta dan jawatan dihormati ramai, bukan khidmat.

Tiada ulasan: